Tuesday, September 28, 2010


  • Kajian menunjukkan bahawa:

    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
     
    Sumber:Dr Fazilah Kamsah (Pakar Motivasi)


    10 Tip Menghadapi Peperiksaan

    Perasaan panik apabila memasuki dewan peperiksaan kerana ia mampu membuatkan calon lupa 50 peratus pelajaran yang telah dipelajari.
    1. Jangan panik
    Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
    1. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
    Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
    1. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
    Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
    1. Banyakkan pembelajaran secara output learning
    Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
    1. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
    Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
    1. Nota ringkas
    Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
    1. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
    Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?
    1. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
    Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.
    1. Kawal emosi
    Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
    1. Banyakkan berdoa dan bersolat
    Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

    Renung dan fikirkanlah..

    Anda adalah orang yang sangat malang jika……
    1. �� 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana� berada di tengah jalan anda…..
    2. �� 2. Anda terlewat bangun pagi�dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
    3. �� 3.�Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
    4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
    5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
    6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
    7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
    Anda sangat malang kerana….�jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……

    Monday, September 27, 2010

    Ucapan Khas Buat Calon-calon PMR 2010

    SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

    SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA SEMUA....




     3E
    is an
    EXCELLENT
    formula to make you more
    EFFECTIVE
    in an
    ENTERTAINING
    way

     

    Sunday, September 26, 2010

    Analisa Percubaan PMR 2010

    Subjek : SAINS

    GRED    BILANGAN

      A                 6

      B                 37
      C                 30
      D                 50
      Gagal          93
               

    Saturday, September 25, 2010

    Hasil pelajar..Logo Persatuan Sains

    Kain Rentang Minggu Sains 2010

    Pertandingan Spelling Bee

    MINGGU SAINS 2010

    Ahli Panitia Sains 2010

    Inilah kerabat kerja Panitia Sains Tahun 2010.

    Pn Noraini bt Jusoh ( Ketua Bidang )
    Pn Hjh Azizah bt Abd Rahman ( Ketua Panitia )
    Pn Suzana bt Ngah @ Salim ( Setiausaha )
    Pn Zainab bt Abd Rahman
    Pn Norazlin bt Hamidun
    Pn Zahani bt Abdullah
    Pn Marline bt Yusuf
    Pn  Nor Ardina bt Fauzi
    Pn Hamisun bt Seliman
    Pn Siti Aishah bt Taib
    Pn Julita bt Hamzah
    Pn Hafira Iswani bt Hussin
    Pn Rosidah bt Salleh
    En Mohd Maulana bin Tawang