Wednesday, December 1, 2010

HIDUPAN YANG PELIK

Star-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.
.
.




Hispaniolan solenodon
, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.



Seapigs
, hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.






Blobfish
, adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.



Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai “yeti lobster” atau “yeti crab”. Ianya tinggal pada kedalaman 2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.





Penyu putih (white turtle)
, menonjol dalam kebudayaan Cina.




Jerboa telinga panjang (long eared jerboa)
adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.




Aye-aye
, agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker), ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.



Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.




Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir, Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Naga laut berdaun (Leafy seadragons)
dipenuhi dengan anggota badan yang seakan daun, membuatkan mereka penyamar yang unggul. Ditemui di Australia, mereka tinggal dalam air yang sejuk dan tenang.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Slender loris
tinggal di kawasan hutan tropika rendah yang basah di India atau Sri Lanka.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Indian gharial
, antara jenis buaya yang paling panjang yang kadangkala mencapai 20 kaki.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Hairy frogfish
berjalan di sepanjang dasar laut untuk mencari makanan. Ianya boleh ditemui di Indonesia.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Dumbo octopus
, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Viperfish
, ialah ikan laut dalam dengan gigi-gigi yang seperti jarum panjang. Sejenis pemangsa yang amat ganas.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Shoebill
, seekor burung yang amat besar yang ditemui di kawasan paya tropika timur Afrika. Ketinggian puratanya ialah 4 kaki dan lebar kepaknya apabila mengepak ialah 7 kaki.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Axolotl
adalah neotenic mole salamander Mexico. Haiwan ini digunakan secara ekstensif dalam kajian saintifik kerana kebolehannya untuk memperbaiki bahagian-bahagian tubuhnya.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Guineafowl puffer
, dari Lautan Pacifik. Apabila berkembang sepenuhnya, ia mampu mencapai panjang 50 cm.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Frill-necked Lizard
, mempunyai kulit besar di sekitar tengkuknya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Ini membuatkannya digelar sebagai ‘cicak basikal’ di Australia.


Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Echidna paruh panjang (Long-beaked echidna) Haiwan ini adalah salah satu dari jenis mamalia yang bertelur.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Tarsier , yang biasa didapati di Asia Tenggara, setiap bebola matanya sebesar lebih kurang 16 mm dan sama besar dengan otaknya .

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Beruang Panda merah (Red panda) ialah mamalia herbivor yang saiznya lebih kurang kucing.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Proboscis monkey, amat dikenali dengan hidungnya yang besar. Adalah dikatakan bahawa proboscis betina suka kepada proboscis jantan yang berhidung lagi besar. Lagi besar hidung, lagi mahal si jantan tu.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Pygmy Marmoset , sejenis monyet yang berasal dari hutan barat Brazil, tenggara Colombia, timur Equador dan timur Peru. Mereka adalah omnivor yang makan buah-buahan, daun, serangga dan kadangkala reptilia yang lebih kecil.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Beruang matahari (Sun Bear) ditemui di hutan-hutan tropika Asia tenggara. Dengan ketinggiannya yang hanya 4 kaki, ia adalah keluarga beruang yang paling kecil, dan kadang kala dipanggil sebagai beruang anjing.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Komondor, keturunan anjing Hungary yang besar, yang mempunyai bulu seperti tali yang panjang dan tebal.Hampir sama dengan Komondor, Hungarian puli juga bertindak pantas dan akrobatik.

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


Kucing yang tidak berbulu (Hairless cats) , ditemui di banyak daerah di dunia. Tetapi keturunan pertamanya yang berjaya ialah Sphynx. Sphynx yang terawal bernama Prune, lahir pada tahun 1966
CONTOH PROJEK SAINS

PERADUAN TEKA SILANGKATA

PERADUAN SILANGKATA MINGGU SAINS.xls

Monday, November 29, 2010

Peperiksaan SPM 2010

SELAMAT BERJUANG KEPADA SEMUA PELAJAR SMK PAKA DALAM MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2010.

SEMOGA BERJAYA..

Saturday, November 27, 2010

Tanaman Herba dan Khasiatnya

Lidah buaya

Nama saintifik: Aloe vera (L.) Bum.
Famili : Liliaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Herba saka sukulen (berair) yang tumbuh sehinggga 45-50 cm tinggi.

Daun: Daun berisi (fleshy), berwarna hijau muda, teratur secara rosette dan dipenuhi dengan bintik-bintik bulat. Daun berbentuk lanceolate, hujungnya tajam, pangkalnya bersarung dan tepinya berduri.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun yang berbentuk tubular berperanan sebagai batang palsu.

Bunga: Batang bunga boleh menjangkau 1m panjang yang berakhir dengan segugus bunga memanjang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang melentur kebawah.

Akar/rizom: Rhizomenya tegap, berwarna puteh kehijauan dan mengeluarkan ubi. Setengah dari ubi mengeluarkan sulur yang akan membesar menjadi anak pokok.

BAHAGIAN POKOK YANG DIGUNAKAN: Daun

PENGUTIPAN HASIL

Kematangan tanaman: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Dilakukan dengan tangan, bermula dari daun bawah, iaitu daun yang paling lebar dan terpanjang. Pokok kemudian dibiar tumbuh sehingga daun matang dari segi ketebalan dan saiz, untuk kutipan hasil berikutnya.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

1. Merawat kulit terbakar - sapukan isi daun yang berlendir kepada kawasan yang berkenaan.
2. Pencuci muka - sapukan getah dan isi daun yang berlendir.
3. Tonik untuk rambut - sapukan isi daun kepada rambut.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Acemannan 2. Aloe-emodin
3. Cinnamic acid 4. Coumarin
5. Emodin 6. Folocin
7. p-coumaric acid 8. Rhein






Hempedu bumi, pokok cerita

Nama saintifik: Andrographis paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees
Famili: Acanthaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.

Daun: Daun berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun berbentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Batang: Batang bersegi empat dan mempunyai banyak dahan.

Bunga: Bunga terdapat di ‘panicle’ penghujung dan axillary yang berukuran 2-5 cm panjang. Bunga adalah ‘bisexual’, panjangnya 1.2 cm, tidak berbau dan tidak mempunyai bentuk tertentu. Terdapat 5 sepal separa bercantum yang berwarna hijau yang diselaputi dengan rerambut. Kelopak bunga berwarna putih berbintik ungu, lebih kurang 1.1 cm panjang dan juga di selaputi dengan rerambut halus. Terdapat 2 stamen yang bersatu di ‘anthers’. Filamen adalah leper dan berambut. Terdapat hanya satu style berbentuk filliform dengan stigma berbentuk silinder.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENGUTIPAN HASIL

Kematangan tanaman: 2 bulan

Cara mengutip hasil: Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Tekanan darah tinggi: air rebusan daun diminum
Kencing manis: air rebusan daun diminum
Kulit gatal dan gigitan serangga: daun ditumbuk dan disapukan pada tempat berkenaan.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Andrographiside 2. Andrographolide
3. Neoandrographolide





Pegaga

Nama saintifik : Centella asiatica (L.) Urban.
Famili: Umbelliferae/ Apiaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Pegaga ialah herba jenis merayap yang kecil dan hidup semusim.

Daun: Daunnya panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung. Tekstur daun licin dan tangkai daun panjang (lebih kurang 20 cm).

Batang: Batang jenis merayap (stolons), berwarna hijau kemerahan, melilit antara satu sama lain.

Bunga: Bunga berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat berhampiran dengan permukaan bumi. Setiap bunga dilinkupi oleh 2 ‘bracts’ berwarna hijau. Bunga jenis ‘hermaphrodite’, kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai 5 stamen dan 2 style.

Akar/rizom: Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus kebawah. Rizom berwarna kekuningan dan diselaputi dengan rerambut.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Seluruh pokok

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 3 bulan

Cara mengutip hasil: Secara manual.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Awet muda: daun dimakan mentah sebagai salad.
Tekanan darah tinggi : air rebusan diminum
Tonik: air rebusan atau jus daun diminum
Luka ulcer: pupuk pegaga disapukan untuk merawat luka.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Asiatic acid 2. Asiaticoside
3. Madecassic acid 4. Madecassoside



Kunyit

Nama sintifik: Curcuma domestica Loir.
Famili: Zingiberaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Kunyit ialah herba saka yang tingginya boleh mencapai sehingga 1 m.

Daun: Daun tumbuh berumpun, tersusun secara berselang seli, berwarman hijau muda dan agak lembut. Daun licin, berbentuk bujur-tirus dan tepi daun tidak putus.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai patang palsu.

Akar/rizom: Rizomnya mampat, berisi dan bercabang dalam sudut tepat bagi membentuk himpunan yang padat. Rizom ini bertaroma, kulitnya berwarna oren-coklat dan bahagian isi berwarna oren-cerah. Bahagian tuber juga berisi, berwarna putih dan tumbuh lurus ke bawah.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Rizom

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 9 - 10 bulan

Cara mengutip hasil: Dibuat secara manual.


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Bahan kecantikan: kunyit digunakan sebagai bahan kecantikan dalam istiadat tradisional
Lebam, terkehel dan luka: kunyit dicampur dengan minyak disapukan pada bahagian berkenaan.
Selesema: kunyit direbus dengan susu dan gula kemudian diminum.
Merangsang pengeluaran susu: pupuk kunyit disapukan pada payudara

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING
1. Caffeic acid 2. curcumin
3. p-coumaric acid 4. turmerin




Serai wangi

Nama saintifik: Cymbopogon nardus (L.) rendle
Famili: Graminae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi.

Daun: daun sesil yang berwarna hijau dan licin. Purata saiz ialah 60 cm panjang x 2.5 cm lebar. Hujung daun adalah runcing.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai batang palsu.

Akar/rizom: Rizom padat dan merayap. Berwarna kekuningan.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 2.5 - 3 bulan

Cara mengutip hasil: Bahagian hasil dikerat 5 cm atas pada batang palsu. Daun dijemur layu sehingga kandungan air dikurangkan sebanyak 30-50 % sebelum diproses untuk mengeluarkan pati minyak. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas jangkamasa 1.5 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Sakit perut: minyak pati disapukan untuk melegakan kesakitan
Menghalau serangga: daun kering digunakan sebagai penghalau serangga
Cucian selepas bersalin: gunakan gandingan air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Caryophyllene 2. citronellol




Tongkat ali

Nama saintifik: Eurycoma longifolia Jack.
Famili: Simaroubaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Pokok tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m di dalam rimbunan hutan tanah rendah.

Daun: Daunnya rimbun pada hujung batang dan boleh mencapai 1 m panjang. Daun baru tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Berwarna hijau tua, berbentuk bujur-tirus dan tepi daun rata.

Batang: Kebanyakan pokok ini tidak bercabang, kalau bercabang pun terlalu sedikit iaitu satu atau dua cabang sahaja. Hujung batang pada kebiasaannya berwarna oren.

Bunga: Bunga tersusun padat pada tangkai yang bercabang, yang keluar dari pangkal daun. Tangkai daun panjang (60-70 cm) dan berbulu. Calyx berwarna hijau. Terdapat 5 ‘corolla lobes’ berbentuk bujur-tirus dan berwarna merah.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Akar


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Afrodisiak: Air rebusan akar diminum
Tonic biasa: Air rebusan akar diminum
Malaria: Air rebusan akar diminum

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING
1. Eurycomanone 2. eurycomalactone
3. Eurycomanol






Cekur

Nama Saintifik: Kaempferia galanga Linn
Famili: Zingiberaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Cekur ialah sejenis herba yang renek yang tumbuh melebar di atas tanah.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daun licin dan berbentuk bujur-tirus. Hujung daun agak runcing. Daun berukuran lebih kurang 16 cm panjang dan 8 cm lebar. Daun atasan membesar sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales. Daun mempunyai sedikit aroma.

Batang: Cekur tidak mempunyai batang.

Bunga: Bunga berwarna putih-ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.

Akar/rizom: Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning-oren. Ubi akar yang keluar dari rizom adalah panjang, berisi, beraroma dan tidak bercabang.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: rizom

PENUAIAN HASIL

Kematangan: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Rizom dituai secara manual apabila daun-daun mula kering.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Kentut berlebihan: Rizom disapukan pada perut
Bahan perisa: Rizom dimasak bersama nasi untuk menambah rasa
3. Tonik: Air rebusan rizom diminum





Pokok Tea

Nama Saintifik: Melaleuca alternifolia Cheel.
Famili: Myrtaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Pokok tea ialah tanaman saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 4 cm apabila tumbuh liar. Pokok ini ditanam bagi mendapatkan minyaknya. Di Malaysia pokok ini jarang berbunga.

Daun: Daun tersusun seperti bunga mawar dan berwarna hijau. Saiz daun kecil, 1.3 cm panjang x 1.0-2.0 mm lebar. Daun licin dan beraroma. Tangkai daun berwarna kekuningan, berbentuk leper seperti pisau.

Batang: Batang berwarna oren dan disaluti dengan kulit yang senang terkupas. Batang penuh bercabang dan setiap ranting yang berwarna kelabu dipenuhi dengan rimbunan daun-daun kecil.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Luka: pupukan daun disapukan pada luka
Jerawat, luka ulcers: Daun digosokkan pada bahagian kulit berkenaan

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Caryophyllene 2. cineole
3. myrcene, p-cymene



Mengkudu

Nama Saintifik: Morinda citrifolia Linn.
Famili: Rubiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Mengkudu ialah pokok malar hijau dengan silara berbentuk kun, tumbuh setinggi 7 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan, dan berbentuk bujur-tirus. Daun berwarma hijau tua berkilat, licin dan hujungnya runcing. Purata ukuran daun ialah 30-35 cm panjang dan 13-15 cm lebar. Di setiap pankal tangkai daun terdapat ketumbuhan berbentuk seperti lidah berwarna hijau berukuran lebih kurang 1.5 cm panjang.
Batang: Kulit batang pokok berwarna kelabu dan mempunyai dahan empat segi.

Bunga: Jambak bunga tumbuh pada batang yang bentuknya menyerupai ketuat. Bunga adalah bisexual dan berbau wangi.

Buah: Buahnya berisi, jenis drup yang tidak sekata dan berbentuk bujur. Apabila masak buahnya berubah warna menjadi krim keputih-putihan.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Buah, daun dan akar


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Meransang haid: Buah yang masak dimakan
Meningkatkan pengaliran haid: Air rebusan akar diminum
Kencing manis: Jus buah segar di minum
Pencuci rambut: Pulpa buah disapukan pada rambut

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Alizarin 2. Asperuloside





Kemangi

Nama saintifik: Ocimum sanctum Linn
Famili: Lamiaceae /Labiatae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Kemangi ialah pokok renek herba yang beraroma dan tumbuh bercabang-cabang.

Daun: Daun beraroma dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan kepada pasangan yang di atas atau dibawah. Daun berwarna hijau ke hijau tua. Daun berbentuk bujur telur, tepi daun berjereja dan hujung daun runcing.

Batang: Batang empat segi, bercabang-cabang dan berbulu.

Bunga: Bunga terdapat dipenhujung batang. Bunga jenis hermafrodit, 5-7 mm panjang, berbau wangi.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun, biji dan akar

PENUAIAN HASIL

Kematangan: 3 bulan

Cara mengutip hasil: bahagian atasan pokok dipotong 20-25 cm dari permukaan bumi secara manual. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 2-3 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Masalah pernafasan, batuk, bronchitis kronik: Air rebusan daun diminum
Masalah gastrik: Air rendaman daun diminum
Lelah: Jus daun diminum

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Carvacrol 2. ursolic acid
4. Essential oil





Misai kucing

Nama Saintifik: Orthosiphon stamineus, Benth
Famili: Lamiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketiunggian 1.5 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang: Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Bunga: Bunga terdapat pada ‘verticils’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENUAIAN

Kematangan tanaman: 3 - 4 bulan setelah diubah ke ladang.


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Radang pundi kencing : Air rebusan daun diminum
Kencing manis: Air rebusan daun diminum





Dukung anak

Nama Saintifik: Phyllanthus niruri Linn.
Famili: Euphorbiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.

Daun: Daun jenis majmuk bipinat. Daun kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.

Batang: Batang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka.

Bunga: Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Keseluruhan herba


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum
Batuk: Air rebusan daun muda diminum
Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Geraniin 2. Niruriside
3. Phyllanthin 4. Rutin









Nilam

Nama saintifik: Pogostemon cablin (Blanco) Benth.
Famili: Lamiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Nilam ialah tanaman herba semusim yang hidup tegak bercabang-cabang setinggi 2-3 kaki. Pokok ini tidak berbunga di Malaysia.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan, berwarna hijau dan mempunyai bentuk bujur telur. Daun berukuran lebih kurang 10 cm panjang dan 8 cm lebar. Hujung daun runcing. Tangkai daun berwarna hijau kemerah-merahan berukuran lebih kurang 4 cm panjang dan berbulu.

Batang: Batang berwarna seperti ungu, empat segi, bercabang-cabang dan berbulu.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun, akar

PENUAIAN

Kematangan: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Pokok di cantas lebih kurang 20 cm atas permukaan tanah. Kutipan hasil seeloknya dilakukan pada musim kering apabila kandungan minyak lebih tinggi. Kutipan hasil berikutnya boleh dilakukan setelah 3-4 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Batuk, asma: Air rebusan atau jus daun diminum
Rheumatism: Losyen diperbuat dari akar dan disapukan pada bahagian yang berkenaan
Bisul, pening kepala: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

Tuesday, September 28, 2010


  • Kajian menunjukkan bahawa:

    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
     
    Sumber:Dr Fazilah Kamsah (Pakar Motivasi)


    10 Tip Menghadapi Peperiksaan

    Perasaan panik apabila memasuki dewan peperiksaan kerana ia mampu membuatkan calon lupa 50 peratus pelajaran yang telah dipelajari.
    1. Jangan panik
    Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.
    1. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
    Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.
    1. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
    Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
    1. Banyakkan pembelajaran secara output learning
    Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.
    1. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
    Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.
    1. Nota ringkas
    Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.
    1. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
    Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?
    1. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
    Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.
    1. Kawal emosi
    Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.
    1. Banyakkan berdoa dan bersolat
    Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

    Renung dan fikirkanlah..

    Anda adalah orang yang sangat malang jika……
    1. �� 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana� berada di tengah jalan anda…..
    2. �� 2. Anda terlewat bangun pagi�dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
    3. �� 3.�Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
    4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
    5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
    6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
    7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
    Anda sangat malang kerana….�jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……

    Monday, September 27, 2010

    Ucapan Khas Buat Calon-calon PMR 2010

    SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

    SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA SEMUA....




     3E
    is an
    EXCELLENT
    formula to make you more
    EFFECTIVE
    in an
    ENTERTAINING
    way

     

    Sunday, September 26, 2010

    Analisa Percubaan PMR 2010

    Subjek : SAINS

    GRED    BILANGAN

      A                 6

      B                 37
      C                 30
      D                 50
      Gagal          93